Tuesday, December 14, 2010
Muharam
Thursday, December 9, 2010
KEJAYAAN
Thursday, August 26, 2010
17 Ramadhan
RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud : " Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran
Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud " Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"
Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud : Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.
Pahala membaca al-Quran
Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: " Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda " Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"
Kesimpulan
1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) = Cuba kira sendiri ...
Source:http://e-taalim.jais.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=228:kelebihan-membaca-al-quran-dalam-bulan-ramadhan&catid=114:september10&Itemid=64
Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan Mubarak
Monday, June 14, 2010
Bulan Rejab & Fadilatnya
FADILAT BULAN REJAB
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.
WASSALLAM.
Thursday, May 13, 2010
Mari Membaca Al-Quran.

Ingat lagi hubby said, "I tak malu minta u ajarkan I mengaji b..sebab benda baik kan".."I nak jadi suami and Imam yang sempurna untuk keluarga kita"...I banyak sangat kelemahan"..Aduh bila ingat balik..syahdu nya..I am proud of u my dear...Utterly proud..Masa hubby pergi umrah last year..dia sempat khatam kat sana .. (Ya, ALLAH, bilalah aku bisa menjejakkn kaki di bumi para Anbia') ..so 2 years in row he managed to "khatam"..I know you banyak sangat berubah b since we married.and u changed me too :)..Alhamdullillah..
(I'll pray for the happiness in my marriage Insyaallah)
Wednesday, April 7, 2010
Tanda-Tanda Hari Kiamat
- Tanda-tanda besar
Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
Lahirnya Dajjal.
Keluar asap tebal.
Turunnya Nabi Isa a.s.
Kemunculan Imam Mahdi.
Matahari terbit dari ufuk barat.
Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
Runtuhnya Ka'abah
Terdengar tiupan sangkakala pertama.
Ada azan tak di jawab
3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
Tanda-tanda kecil
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari[1] ”
Zina bermaharajalela
“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”
Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Bermaharajalela alat muzik
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”
Menghias masjid dan membanggakannya[perlu rujukan]
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
Ramai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”
Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”
Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)[perlu rujukan]
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda[perlu rujukan]
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”
Orang akan melakukan homoseksual.
Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
Berkurangnya sifat amanah
Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Memandang rendah kepada darah
“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”
Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”
Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim ”
Banyaknya berlaku gempa bumi
Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2] ”
Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy
(source:http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat)
Thursday, February 25, 2010
Wasiat Rasulullah kepada wanita
10 WASIAT RASULULLAH TERHADAP MUSLIMAH
Sepuluh wasiat yang Baginda sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya, apabila kemudiannya dimiliki oleh setiap isteri solehah. Wasiat tersebut adalah :-
1. Ya Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah S.W.T pasti akanmenetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan darjat wanita itu.
2. Ya Fatimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescayaAllah S.W.T menjadikannya dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.
3. Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya,melainkan Allah S.W.T akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang menahan keperluan tetangganya, melainkan Allah S.W.T akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fatimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andai kata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu.
Ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah S.W.T.
6. Ya Fatimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah S.W.T menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah S.W.T menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan daripada kandungan ibunya.Apabila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun. Di dalam kubur akan mendapat taman indah yang merupakan bahagian dari taman surga. Dan Allah S.W.T memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.
7. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari
semalam dengan rasa senang serta ikhlas,melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah S.W.T memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.
8. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami,
melainkan Allah S.W.T memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
9. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah S.W.T mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
10. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan
menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah S.W.T memberi minuman yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah S.W.T menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shiratul-mustaqim dengan selamat.
Setiap perbuatannya merupakan pahala untukmu. Juga menjadikan dengan kelembutan dan kasihnya yang dapat merubah dunia. Lakukan dengan ikhlas kerana Alllah S.W.T. Insya Allah dunia akhirat ada di tanganmu. Semoga Allah Yang Maha Berkuasa selalu memberi keindahan
padamu dan melindungimu dari segala keburukan
http://nogold.com/forum/showthread.php?40490-wasiat-rasulullah-terhadap-muslimah
Tuesday, February 9, 2010
Ayat Kursi
SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai
hikmah,dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan
mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis Hadis Rasullullah s. a.. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yangbenar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya .
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."
A prayer
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan doaku.
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat, munafiq dan miskin.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....