Thursday, June 24, 2010

Happy Birthday Mak :)

Surat untuk emak,

Mak mungkin tak kan baca apa yang di tulis di sini..bukan sebab mak tak pandai buka internet..(jangan tak tau mak baca news kat internet and lately she obsessed dgn cerita indonesia called "benci bilang cinta" and tengok di youtube lagi..mak memang terror.)

mak banyak berkorban untuk keluarga..mak seorang yang tegas tetapi lembut hati.i wish i could be like you..or perhaps i memang dah inherited those characteristics :) hehe..

Mak bukanla orang yang suka merungut..tapi mak ada opinion tersendiri tentang sesuatu.

Tak pernah dengar mak merungut mak penat la sebab baru balik kerja. Mak mesti fulfill her duty as a mother and wife bila di rumah. Mak memang sangat rajin..sangat-sangat rajin.Never find excuses for anything.

Kalau ila ada kat rumah, tgh masak..mak balik kerja jer mak mesti nak masak juga..at least 1 dish..kalau dah pukul 12 malam kain baju belum berlipat then we said..esok la lipat..bangun pagi je dah siap berlipat...how i wish to be like you..committed dgn apa yang mak buat.

Mak adalah seorang yang realistik, simple dan paling utama penyabar..sabar dgn karenah anak2 dan suami yang penuh menduga kesabaran..Mak sangat baik ..tak pernah cerita buruk orang lain..kalau ila mengadu hal rumah tangga kat mak..mak mesti salahkan ila ..mak cakap kita orang perempuan kena sabar and be rational..aduh!!! mcm mana nak jadi macam mak ni??? benda remeh2 jangan di besar2kan..


Mak suka cerita tentang keluarga dia masa dia muda-muda dulu..asal usul saudara mara la..and ila memang suka dengar apa yang mak cerita. Mak memang rapat dgn adik beradik dia yang lain..Hopefully i dan adik adik akan kekal mesra selama-lamanya macam mak juga.

Hari ini hari jadi mak..Semoga Allah permudahkan segalanya untuk mak..di murahkan rezeki dan di kurniakan kesihatan yang baik. Hari hari ila doakan selepas solat semoga Allah mengampunkan dosa mak sekiranya ada.



You are the best gift i could ever asked for.A gift from heaven..your smiles, your personality and your heart are what i wish for myself.

"Happy Birthday mak"

No comments:

Post a Comment